Highlight: April - June 2023 with love!

Assalamualaikum guys!

Pejam celik pejam celik, dah habis setengah tahun. Macam biasa aku kembali lagi dengan update: April - June untuk tatapan anak cucu. Eheh.

1. Mengajar MUET

Alhamdulillah Allah beri peluang mengajar MUET pada bulan 4 dan aku tak tolak. Totally confident nak mengajar. Dulu orang selalu tanya ada pengalaman mengajar MUET ke tak, dan aku jujur saja cakap tak ada. But then datang student first aku, adik kepada bekas student SPM aku dulu. Dia yang recommend. Sanggup dia datang jauh ke pusat tuisyen. Dekat sejam. 

Hmm.. Macam gitu je aku dapat student MUET setelah ramai yang tanya dulu. Terus masuk tak ada tanya apa-apa. Alhamdulillah. Semua rezeki dari Allah. Aku okay je mana-mana. Orang nak aku ajar, aku sudi. Orang rasa tak confident, aku okay saja, boleh cari cikgu lain. 

Dulu, kerap gak aku follow up potential customers. Sekarang aku macam ni: student nak masuk, silakan, student nak keluar, atau dah taknak, aku okay. Bukan sombong bila dah ramai students ni tapi aku percaya konsep rezeki. Bukan aku tak usaha. But kadang-kadang aku penat nak urus semua benda, so aku lepaskan saja apa yang aku memang tak sempat nak kawal. 

So far, sepanjang aku ambil alih dua tahun ni, memang ada students yang setia dari tahun lepas. Alhamdulillah. Dari situ membentuk keyakinan bahawa bila ada student keluar, bukan sebab pusat tuisyen 100%. Kadang-kadang atas sebab peribadi. Memang ada parents yang bagitahu kenapa nak keluar. Jarang yang tiba-tiba diam. 

Kita tak mampu nak pegang hati manusia hatta hati pasangan untuk terus setia. Haa gituhh.. 

Apa yang kita mampu hanyalah buat yang terbaik mengharapkan keredhaan Allah.

2. Done Final Semester

Alhamdulillah, dah habis gak satu semester ni. Jujurnya aku penat ulang alik Kelantan-Penang. Bayangkan hari jumaat aku kerja 8.30pagi-10.00pagi - then 10.15pagi naik bas - sampai penang 4.30petang dan solat - 6.00petang masuk kelas - 9.00malam naik bas - 3.00pagi sampai kelantan - dan 8.30pagi pergi kerja sehingga 5.00petang.

Phew. Nasib baik aku dapat recharge balik hari ahad pagi sebelum masuk mengajar waktu petang. 

But aku happy dapat habiskan semester terakhir di USM, bukan secara online. Sebab banyak pengalaman yang aku dapat dalam satu semester saja. Cukuplah untuk buat kenangan. Dapat kawan baru contohnya, dapat short trip dengan adik (dia pernah teman sekali pi Penang). Bila dah mengajar ni, presentation tu kacang je bagi aku, takde berdebor macam dulu. Dah dapat speaking without hesitating. Goals yang dah cukup buat aku happy.

Self-improvement unlocked! 6 tahun ooo nak sampai tahap speaking tak hesitate ni. Zaman degree lagi aku struggle. Apatahlagi nak present, nak communicate, lagi bertahun sejak sekolah rendah. Bila dah terbiasa communicate dengan ibu bapa, dengan lecturer, sedikit demi sedikit aku improve.

Tinggal nak berborak mesra dengan bakal mak pak mertua je belum lagi. Hahaha mengsedih.

All in all, bukan nak flex (walaupun jelas nampak aku tengah flex), but lebih kepada nak cakap "good job dear self sebab percaya pada apa yang Allah nak bagi di penghujung usaha yang tak pernah padam." So, next, apa saja struggle yang hang hadap, tak kira zaman bujang, bekerja atau dah kahwin nanti, harapnya hang kekal steadfast and not losing your purpose kenapa hang hidup atas muka bumi ni! Percaya bahawa Allah nak bagi sesuatu atas kesusahan yang hang rasa. Tak balas kat dunia, moga Allah balas di akhirat.

Please bear in mind. :)

// Next kalau ada rezeki, aku nak usaha untuk publish final project aku dengan guide daripada Dr pulak. Tak wajib but, as for now, aku nak letak yang ni sebagai final highlight dalam dunia akademik. Ahh tingginau cita-cita kau. 

3. Module Graduation

Belum grad USM. baru grad module. Hahhaa. Alhamdulillah. Aku tak kisah pun ada sijil ke takde sijil ni. Yang penting tahun ni aku dah dapat hasilkan module untuk students SPM. Rasa puas! 

//

Alhamdulillah atas segala yang Allah beri. Terlampau banyak, Bila aku reflect dalam tulisan ni baru aku sedar, rezeki tak pernah putus walaupun hidup penuh ujian. Apa yang aku nak dulu semua aku dah dapat satu persatu. Tak termasuk lagi apa-apa yang aku tak tulis di sini atas sebab tertentu.

Next, target aku nak menamatkan zaman bujang.

Next, aku nak fokus perbaiki diri, perbaiki agama, perbaiki emosi, tambah ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama dan topup ilmu fasa 'seterusnya'.

Mungkin next kena setelkan yang atas dulu sebelum ke fasa seterusnya. 

Yakin.... Allah nak bagi bila dah betul-betul sedia. Sebenarnya, hang sendiri tahu hang sedia ka dak. Ni saja duk buat kalut padahal banyak lagi yang hang kurang.

ps// Kalau ada rezeki, kita sambung dalam bidang pendidikan pulak. Ahh dahaga sungguh nak ke universiti ni pasaipa taktau. Kerja perabih duit ja. T.T

With love,
Fafa Kyraa

Comments