
Mesti selalu dengar ayat ni kan? "Dah ada pengalaman dalam.....?"
Awal-awal lagi aku dah menjangkakan soalan begini. Dan harini buat pertama kali aku ditanya dengan ayat ni.
But still, aku terdiam buat seketika sebelum memberi 'hujah' kepada client berkenaan pengalaman.
-
Jujur, tidak mudah bagi aku sebagai seorang tutor yang baru bertatih dalam bidang pendidikan. Seperti memohon kerja di syarikat-syarikat, bidang pendidikan juga akan menerima soalan klise begini. Lagi lagi kelas tuisyen,
Orang bayar kot? Mana mahunya kalau orang yang takde pengalaman mengajar. Tambahan pula, bukan guru sekolah. Banyak kekurangan dekat situ. Kalau tanya aku as student pun, AKU TAKNAKKK! Bayar mahal-mahal.
But me being me. Walaupun aku agak penat dengan semua ni dan kadang kadang rasa nak putus asa, aku tetap berkeras. Berkeras kat sini means, berkeras untuk mengajar jika ada yang nak. Mengajar sehabis baik.
Aku tak paksa, but if they need me, yeah well, I'm willing to help. Kalau taknak tak mengapa, boleh cari yang lain. Hidup ini terlalu singkat untuk memaksakan sesuatu... Terutamanya hal perasaan (eh tiber?). Hahaha.
Sama juga macam SPM haritu. Aku hanya menerima pelajar yang betul-betul nak saja. Aku memang tak buat iklan. Aku masih ingat lagi kenangan pelajar SPM pertama aku. Berkali-kali dia menghantar Whatsapp bertanya tentang tuisyen SPM walaupun aku dah cakap aku tak buat lagi waktu tu. Tapi dekat tempat aku ni memang susah nak cari tuition English. So, akhirnya, aku terpaksa menerima sebab rasa macam tak sampai hati pulak nak tolak.
Agak kelam kabut juga aku waktu tu sebab SPM dah guna format baru. Dah tiba-tiba pulak nak kena ajar Speaking dan Listening macam MUET. Tapi berbekalkan pengalaman 'lemah' English dan self-taught English, aku mengajar semua teknik yang aku pernah buat masa zaman MUET sampai la ke zaman Master.
Alhamdulillah, everything went well.
Bagi aku, pelbagai cara yang kita guna untuk improve English sampai dapat score exam (alhamdulillah) tu pun satu pengalaman. Hahaha so don't downgrade yourself. Semua skills masa belajar tu ADALAH PENGALAMAN.
Lepas dah setel sorang pelajar tu, barulah aku buat iklan untuk sesi berikutnya. So, yeah....
Sekarang MUET pulak. Dah ada beberapa orang yang tanya kekosongan dan juga tanya pengalaman, MUET ni lagi susah so memang orang akan cari yang terbaik. Kadang, ada yang ok je atas sebab-sebab tertentu. Kadang, orang skeptikal. So, orang nak atau tak itu terpulang kepada mereka. Aku tak suka bila aku terpaksa 'mengindahkan' sesuatu secara berlebih-lebihan dan menjanjikan bulan dan bintang. Risau jika semua tu indah khabar dari rupa. Dan aku tak suka orang rasa terpaksa dan lack of trust bila belajar dengan aku.
-
So,
Mungkin kena perbanyakkan content dekat media sosial kot baru orang tak banyak tanya. Bina trust, ya aku tahu teknik-teknik marketing ni, bukan sekadar content. Mungkin boleh tarik dengan free first class, discounts, yada yada yada. Mungkin boleh cari pengalaman dengan buat online classes via tutor platforms..... Hahaha tapi entahlah, aku taknak sesakkan otak buat masa sekarang. Sebab yang nak kena pulun buat semua tu laju-laju pun aku sorang. Semput mat. Hahaha.
Aku ceburi bidang ni pun bukanlah semata-mata nak ramaikan students because I seek for quality. (Ye memang semua label aku ni bukan otak bisnes, but peduli la kan. Asal aku happy dan keputusan aku ni tak memberi kesan buruk terhadap pusat tuisyen. Hahaha)
Dan mungkin orang akan pertikaikan cara aku fikir. Tapi aku betul-betul tak kisah dengan semua tu asalkan aku enjoy dengan kerja aku.
//
Kita usaha semampu boleh. Dan yang lain serahkan pada Allah. Plan, and then go with the flow :D
Kita mara secara konsisten biarpun dalam keadaan perlahan supaya kita tak rasa down teruk dan tak rasa berat. Laju-laju nak pi mana? Nak kejar apa? Bikin stress sedja bah.
Pedulikan kata-kata orang lain. Cakap senang ah, bukan diorang yang hadap (dah pulak tiba-tiba nak emosi). Hahahaha.
Begitulahhh!
Semoga Allah permudahkan setiap langkah. Aaminnn :)
Till then,
Fafa Kyraa
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD