More years with editing: Part 1 (Header & Doodle)




Assalamualaikum. Happy September! Moga bulan ini tidak menjadi bulan Sadtember tapi bulan Goodtoremember. (Tiber je kan!)

As I mentioned in the previous post, aku nak menulis tentang macam mana aku boleh terjebak dengan editing ni.

Disclaimer: This is a very long post!
 
The very first software yang aku kenal ialah PHOTOSHOP. Zaman yang sama masa aku kenal blogger, iaitu selepas UPSR. Hahaha! Aku masih ingat blog yang buat aku terjebak dengan photoshop ni. Nama blog tu Fizgraphic. Waktu tu memang amazed bethol dengan header beliau. Beliau pun ada buat tutorial untuk photoshop. 

Mula-mula aku start design header blog guna photoshop. Sumpah buruk bila tengok balik! HAHAHA


Aku mula mengedit guna photoshop pada tahun 2011. Selepas dah tengok tutorial daripada blogger graphic designer. Waktu tu memang internet lambat. Nak load webpage biasa tanpa gambar pun makan masa selama sejam dua. Apatahlagi nak load webpage yang penuh dengan screenshot gambar tutorial! Hahaha bayangkan struggle waktu tu. Orang lain tengok tutorial dekat youtube, kita tengok dekat blog je! Siap copy and paste tutorial dalam word pulak tu! Allahhh. Gigih nauu! 

Masa tu aku tak ada privileges untuk attend kelas mengedit. Ya, semua self-taught je. The process was so fun! Dari sini la baru aku tahu, selain menulis, aku juga minat mengedit. 


Selain Photoshop, aku juga belajar PaintTool SAI, software untuk melukis. Yaaaaa, makhluk kejung dalam poster 2013 ni AKU LA YANG LUKIS. HAHAHAHA! Masa ni, aku suka melukis dekat buku, tapi melukis di laptop tidak semudah di atas kertas. Sobs.


Waktu ni suka baca blog islamik dan kenal perkataan Dakwah dan Tarbian (DnT, Dee En Tee). Tapi bila dah join usrah, ohhhh ada satu lagi tertinggal, SIYASAH jangan lupa. 3 elemen berjalan seiring. Eheh!


Waktu ni dah pandai guna clipping mask. Masukkan background pada tulisan dan shape. Hahaha. Yaaaa, betul, gambar doktor yang kurang kejung dekat atas tu aku juga yang lukis. Siap edit dekat photoshop lagi animation mata berkelip tu! Kau hadoo?! Hahahah ya Allah kenangan sungguhlah! Masa ni cita-cita nak jadi doktor, selain doktor merawat fizikal pesakit, aku juga nak rawat rohani mereka. Tudiaa! Besar yaaa angan-angan dia. Hahaha



2016. Aku baru pertama kali pegang jawatan media. Hahaha masa ni minat buat quote dengan background translucent (separa nampak). Tu yang sampai ke header blog pun gaya macam ni. 

2018 tu design aku dah semakin simple but still nak letak gambar. Masa ni rasa dah terpaling matang oki. Hahaha rasa dah biasa dengan design. Padahal banyak lagi kena baiki. Edit header boleh la. Cuba edit poster program. Haaa termenung ku sendirii...

2021. Simplicity is elegant orang kata. Sampai sekarang guna nama je as header, cuma tukar font sedja. 

//

Masa 2013 tu, lepas dah rasa terpaling pandai, aku terus ambik tempahan buat header. Sungguh aku rasa berdosa dengan orang yang tempah tu. Aku dah lupa aku buat secara free atau berbayar. Rasanya free je. Ya Tuhannn. Buruk bethol. Hahahaha tapi korang pun dah kenapa tempah dengan aku?! 


//

Ni doodles yang aku buat dengan PaintTool SAI tu. Lagi HAUK. Hahahaha!


Okaylah, dah penat gelak sensorang. Next kita post poster dan video pulak. See you in my next blog entry! 

Till then,
Fafa Kyraa

Comments