More years with editing: Part 2 (Poster)


Assalamualaikum.  

Alright, untuk part 2 ni kita reveal poster pulak. Progress aku dalam editing ni lambat yaa. Sebab aku takpernah pergi kelas. Semuanya try and error. Bila aku nak buat style sekian-sekian baru aku tengok youtube (Zaman 2016 dah maju sikit. Dah boleh access YT). Process nak mencari tahu style apa tu pun lama. Aku nak buat tapi tak tahu benda tu apa? FAHAM TAK? Hahaha

Kadang-kadang jealous dengan orang-orang yang diberi pendedahan dekat sekolah tentang editing, belajar dari senior, rajin belajar dan explore sendiri sampai power, yada yada. Dan aku masih merangkak. Banyak benda aku ketinggalan. Disaat kawan-kawan dah boleh buat poster gempak, aku masih terkial-kial. 

Tapi Allah sentiasa bagi aku peluang untuk tambah ilmu walaupun bila orang tawarkan posisi editing, aku selalu tolak. Aku taknak. Struggle tau nak siapkan satu poster. Apatahlagi nak buat banner besar gedabak tu. Disebabkan aku takcukup ilmu, process nak buat banner, poster, bunting, video tu jadi susah tahap apa dah, sampai lag laptop dibuatnya. Kesihatan aku masa tu pun kadang buat aku tak mampu berlama depan laptop.

Paling sedih bila orang cakap buat poster ni senang je, bukan kena jadi presiden pun. Allahu, walaupun betul jadi presiden tu banyak benda kena fikir, tapi bila dibandingkan begitu, kata-kata tu tetap agak memedihkan ulu hati gituw. Hahaha. Tapi begitulah hidup ini. Segalanya penuh hikmah. Maafkanlah mereka sebab mereka tak duduk dalam kasut kita. Terlepas bicara itu biasa, kerana mereka tak mengerti.
 
Okay, dahh untuk mukaddimah. So here are some of the posters yang aku jumpa. Payah nau nak cari. Nasib baik ada dalam facebook. Yang tak jumpa tu halalkan je lah. Nak bandingkan antara tahun je pun. Portfolio pun tak banyak macam ni. Hahaha! Let's start!


2017-2018 ni first year di uni. Masa ni dah galas jawatan media dekat Persatuan Mahasiswa Fakulti. Entah macam mana la aku boleh pergi interview masa tu. Tup-tup dapat. Interview pulak nak jawatan lain tapi dapat jawatan lain. Aku sebolehnya nak lari dari mengedit ni. Cukuplah aku rasa macam tak dapat jalankan amanah dekat matrik. Ni tiba-tiba kena urus media pula dekat fakulti.

First year ni jugaklah nak aktif kolej, aktif fakulti, aktif itu, aktif ini. Tapi kebanyakannya aku pegang bahagian media. Masa ni la first time belajar buat bunting, banner dan baju. Makan masa berminggu-minggu nak cari idea, nak buat poster, nak tunggu laptop habis lag lagi. The struggle is real!

2018-2019 aku rehat daripada media. Aku mohon keluar daripada PMF untuk sesi seterusnya. Waktu tu aku banyak pegang jawatan dan post luar bidang. Sebenarnya, tak boleh jugak nak stick dengan media je. Kena la jugak tambah skills lain kan? Huwhuww.

2019-2020. Berjodoh dengan media kembali. Macam biasa, kita isi jawatan lain, diberi jawatan lain. :') Waktu ni lah macam-macam aku belajar. Tempoh mengedit dah berkurang dari minggu ke hari, dari hari kepada jam. Cuma struggle dengan idea untuk design taknak bagi nampak terlalu childish je. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Sekarang untuk poster simple tanpa banner, aku lebih suka guna
Canva. Lebih mudah. Kalau nak buat poster program yang perlukan banner dengan saiz yang besar baru aku pilih Photoshop. :) Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dengan sedikit pengetahuan yang Dia pinjamkan.

Sedikit sebanyak poster yang aku dah buat zaman post-uni. Sekarang macam dah boleh brainstorm untuk theme. Yang mana nak kena gaya kartun. Yang mana nak kena matang dan professional. Terima kasih Allah, hantar kawan-kawan hebat untuk bagi pandangan bernas serta kritis. Tapi bagi aku banyak lagi yang nak kena upgrade dan tambah ilmu. Cumanya, setakat ni, hm, bolehlah untuk kegunaan diri sendiri dan untuk sumbang sekadar yang aku mampu. Bukan aku nak buat kerja graphic design pun kan?

Aku percaya, setiap orang ada struggle masing-masing untuk sampai ke tahap yang dia sedang berada sekarang. Walaupun mungkin ada yang goal hakikinya masih belum tercapai, cuba bandingkan kita yang dulu dengan yang sekarang. Sekurang-kurangnya kita sedang berprogres :) Teruskan, jangan berhenti. Dan blog post kali ni pun adalah sebenarnya salah satu pujukan kepada diri sendiri, bahawa aku perlukan masa untuk bertumbuh dalam setiap bidang yang aku ceburi. Haaa kena bold sikit niat sebenar. Hahahah!

Aku struggle dengan banyak benda. Bidang media, terjemahan, bahasa inggeris, bidang pendidikan, kepimpinan dan termasuklah drama sepanjang zaman, nak berkomunikasi, nak present, nak itu nak ini. 

Kadang, memang keadaan akan paksa aku hingga ke tahap aku dah rasa overwhelmed, rasa sesak. Dan jujurlah, aku pulak jenis yang kadang tak mampu nak telan emosi. Kadang tak kuat. Tak tough macam perempuan lain. Dan demi apapun, kawan-kawan aku semua tough! Korang telan apa?!! Tapi begitulah, walau dengan air mata sekalipun, aku tetap teruskan. Cuma kena ada seseorang yang aku boleh bercerita je. Bukan nak suruh orang lain selesaikan pun sebab memang semuanya atas diri sendiri. Cuma nak bercerita banyak-banyak kali, sampailah aku rasa kuat nak hadap sendiri. Macam tu je hidup ni. Tak ada yang pelik-pelik pun. 

Tak mengapa, mungkin sekarang, aku rasa down sebab banyak yang aku tak tahu, banyak yang kurang. Tapi aku percaya bahawa Allah akan sentiasa bantu aku dalam setiap langkah untuk capai apa yang terbaik untuk aku :) In sha Allah. Walaupun jalan ini akan memakan banyak tahun, jangan putus asa, dearself!

Till then,
Fafa Kyraa.

Comments