Highlight: March 2022


Assalamualaikum. Semoga semuanya baik-baik saja. Segment 'Highlight' ni sebenarnya a new version of 'Life Update'. So, here I come with March update.

1. Got tested positive covid-19.

Permulaan bulan March dirasmi dengan close contact daripada tok ayah (atuk). So, minggu pertama tu kami decide kuarantin kendiri dan minta tutor lain untuk ganti aku mengajar. Seminggu selepas disahkan close contact tu kami tak ada simptom langsung sehinggalah hari terakhir kuarantin (dah lupa hari ke berapa - 9, 10?), ummi demam. Next day aku demam dan seterusnya abi.

Aku bersyukur tak mengajar pada minggu pertama. Alhamdulillah.

So sambung kuarantin. Hampir tiga minggu. Satu family kena - dari tok ayah, ayah sedara, mak sedara, sehinggalah sepupu yang paling kecik. Phew.... 

Another blessing in disguise, semua yang kena hanya mengalami gejala yang sederhana. Masih boleh tolerate sakit tu. Paling bersyukur bila abi yang high risk langsung tak ada masalah dengan paru-paru. Hanya demam sementara. 

Yang paling teruk ialah aku dan ummi. Haha! Sampai sekarang ada lagi post-covid.

2. Tutor Profesional Malaysia Certification

Third week berjalan seperti biasa - aku dah start mengajar. Ramai yang rindu rupanya. "Cikgu, 2 minggu cikgu takde, cikgu pergi mana?" *sismukaterharu

Fourth week pula aku sibuk dengan program Tutor Profesional Malaysia Certification anjuran CMN Academy. Padat dengan perkongsian serta praktikal. Kalau tak buat tak grad oi. 

Jadi, nak tak nak, harus kuatkan diri buat perkara yang aku tak biasa buat sebelum ni. Contohnya live. Haha! Kalau dulu masa aku kerja dengan tadika, first facebook live aku dah macam apa dah. Sumpah tak biasa! Tapi alhamdulillah lama-lama dah biasa.

Lepas dah lama tinggal tu, rasa macam kekok nak start balik - tapi bukan macam mula-mula dulu. Keyakinan tu dah ada. Heee :D 

Dah hadir semua slot, dah selesaikan task, Alhamdulillah hari Khamis 31/3/22 aku bergraduasi dengan jayanya! Layak dapat sijil yang disahkan oleh Pendaftar TVET Pendidikan! Kenapa sijil ini mahal nilainya?

TVET adalah singkatan kepada Technical and Vocational Education Training atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. 

TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Fokusnya adalah kemahiran dalam Tutor dan Edupreneur.

Sijil TVET ini sangat luarbiasa harga dan nilainya.

TVET mengikuti dan mematuhi standard piawaian Lembaga Akreditasi Negara (LAN)

Kenapa aku bersusah payah ambil sijil ni?

Aku dah ada Degree English Language Studies - cuma bukan pendidikan. Sekarang tengah sambung Master in Translation for Professional. Allah, tak larat nak buat double Master sambung dalam bidang education. Kalau sambung lagi, entah bila aku boleh kahwin. Jadi alternatif aku untuk pergi jauh dalam bidang pendidikan ni adalah dengan sentiasa up to date tentang isu pendidikan, bina networking dengan orang yang berada dalam bidang yang sama, tambah ilmu lagi dan lagi. 

Ha, lepasni dah boleh letak di Pusat Tuisyen. Tak akan ada dah kemungkinan parents tanya - yang mengajar ni cikgu ke? Hm, begitulab.

3. Live IG Ambang Ramadan

Satu hal baru yang aku cabar diri adalah bagi pengisian di IG Live. Pengisian rohani - topik yang paling aku lemah walaupun tajuk waktu tu bukanlah tentang hukum.

Aku pernah menjadi jemputan untuk share tentang media kepada adik-adik Matrik dan Alhamdulillah semuanya berjalan seperti expectation aku. Aku minat media - so dalam kepala ni memang banyak benda nak share. Waktu tu sharing tentang Canva, lagi la aku excited. 

Tapi bila bab pengisian rohani ni, Ya Allah lemahnya hambaMu ini. Rasa tak mampu - and I expect that I will mess it up. Bila ketua aku cakap penolong kena bagi pengisian untuk next giliran - aku dah redho teruk. Aku dah agak. Akan ada satu ketika, nak tak nak aku kena hadap.

So, everything went well. Kalau kita niat sungguh-sungguh untuk share apa yang kita tahu (lillahi taala) dan bukan untuk impress orang, automatik perasaan stress tu hilang. :) Sama ada stress sebelum kita mula atau selepas kita dah selesaikan. Mungkin pada awalnya terlalu sukar untuk capai tahap lillahi taala secara total tapi setidaknya kita cuba kan? 

Sebenarnya, hikmah disebalik semua ni bukanlah sebagai bukti aku hebat tapi sebagai tarbiah dari Allah sebelum masuk bulan Ramadan. Sejauh mana aku 'walk the talk'. Contohnya, kalau semasa pengisian aku mention tentang kurangkan buang masa scroll smartphone, secara automatik aku akan kurangkan sebab malu jadi hipokrit. Malu dengan Allah.

Begitulah. Segalanya penuh hikmah :) 

Kalau tanya aku, next macam mana? Kalau kena bagi pengisian lagi aku ok tak? Still akan mental breakdown macam dulu-dulu?

"Yang mana Allah tetapkan baik untuk aku, aku terima :)"

March at a glance

Comments