EduJourney: Fasa Permulaan


Hello peeps!

Assalamualaikum semua. Memandangkan aku dah terjebak dengan dunia pendidikan, I had decided to start a new segment for my blog - EduJourney. Atau nama penuhnya Education Journey. 

Kenapa 'Education' bukan 'English'? 

Sebabnya, aku bukan sekadar mengajar Bahasa Inggeris, tapi aku juga adalah pengurus pusat tuisyen, marketer and editor untuk pusat tuisyen, tenaga pengajar subjek-subjek untuk sekolah rendah tahap 1, admin.... Ha nak apa lagi? Semua position aku pegang. Bangga? Jangan dulu sebelum merasa pegang semua ni :))

Begitulah.... Ok sekian mukaddimah.

Fasa permulaan ni jujur bagi aku agak serabai juga. Tambah pula aku ambil job as a freelance designer untuk Tadika yang aku pernah kerja dulu. Akhir bulan 1 berhenti kerja, akhir bulan 2 kena recruit semula. Haha! Tak boleh nak tolak bila ladyboss cakap 'Susah nak cari orang macam awak ni, design dan cara kerja awak kena dengan citarasa dan expectation saya. Freelance boleh kan teacher? Takyah datang tadika." Termenung jap. Aku tahu dia jujur bukan bodek (Hahaha! Tiberr!). Dan sebenarnya aku ok je. Design tu boleh release stress tahu?! Haha

Sekarang Alhamdulillah bilangan pelajar semakin bertambah. Dah sampai tahap kena hire tutor baru sebab dah kena asingkan kelas. Sebelum ni tak diasingkan sebab tak ramai sangat student pasca PKP. 

Dari segi marketing, tak sempat nak update semua socmed. Sebab tukang design promotion materials pun aku! Hahaha.

Aku macam mana? Haha! Ya jujur, aku overwhelmed. Tak, aku tak merungut. Aku cuma overwhelmed sebab semua benda atas kepala aku. Kalau sir dengan madam dulu, sir mengajar, madam handle bab admin. Then masing masing buat marketing cara offline dan online. Aku nak kongsi kerja tu kena tunggu kahwin dulu la ni kan? Aku paksa jugak orang tu buat kerja buruh secara free!

Nak hire pekerja untuk urus admin dan semua, tak worth it. Aku still mampu nak buat, cuma tu la, kadang-kadang burn out. Tapi takpe, alang-alang aku tak ada komitmen lain selain kerja-belajar-family-jemaah, why not?

Dah, tiber macam luahan pulak! Pastu main tarik tali pula dengan diri sendiri. Ok ke ok? Wajib ok.

All and all, kondisi mental dan fizikal aku ok je. In sha Allah. Dan walaupun aku tak buat marketing, still ada students masuk. Alhamdulillah aku bersyukur sangat walaupun hampir setiap masa umi membebel aku tak hapdate. 

Ada juga permintaan daripada pelajar SPM. Hm, itu satu hal yang memeningkan juga. Aku still belajar. So kalau ikutkan jadual aku, memang tak sempat nak ambil student SPM buat masa ni. Dan memang aku tak buat marketing pengambilan pelajar SPM pun. Cuma, bulan 3 haritu aku ambik sorang je student sebab dia dah nak exam. Setakat ni memang kena bincang tentang waktu kelas dengan parents. 

Sekarang aku nak fokus untuk satu level pelajar dulu. Bila dah grad Master tahun ni baru aku buat habis-habisan. In sha Allah. Doakan! Intensif, subjek-subjek sekolah rendah, English sekolah menangah, MUET Pre-U? Bring it on! 

Moga Allah sentiasa pinjamkan kekuatan.

//

Yang paling aku bersyukur adalah apabila dikurniakan kedua orang tua yang membantu aku dalam menguruskan semua benda ni. Pertolongan tu dalam banyak bentuk - emosi, kewangan, kudrat dan segala macam hal :)

Aku nak apa lagi? Layak ke aku nak merungut bila Allah tak beri apa yang aku nak?

//

Alhamdulillah 'ala kulli hal ya Allah. Campakkanlah rasa cukup dalam hatiku.

Till then,
Fafa Kyraa

Comments