Random Rant: Insaf Terhadap Agama


Baru-baru ni viral tentang penulis yang tulis novel berunsurkan softporn dan pedo, serta kes seorang lelaki yang curang dengan tunang dia sampai bawak orang lain ke rumah (diorang buat apa, Wallahu'alam kita tak boleh cakap lebih-lebih sebab kita tak nampak. So, cukuplah kita jadikan sebagai pengajaran). 

Untuk kedua-dua kes ni, ramai netizen highlight latar belakang pendidikan mereka yang mana kedua-duanya berlatarbelakang pengajian agama. Seorang dari pengajian islam, UKM dan seorang lagi dari Al-Azhar, Mesir. 

Bila bercakap tentang orang yang 'belajar agama' ni, aku selalu letak dalam mindset bahawa mereka ni juga manusia, maka mereka juga ada nafsu dan tak terlepas daripada berbuat dosa. Bukan nak jadi enabler, cumanya aku selalu terkilan bila orang cakap,

"Harap je belajar agama, tapi perangai..."

Sebab aku ada ramai kawan-kawan dari sekolah agama lagi lagi dari Tahfiz walaupun aku bukan budak sekolah agama. Dan semua kawan-kawan aku ni baik dan boleh dijadikan contoh yang baik. Aku kagum dengan mereka. Kita ni takdelah baik mana, tapi bila berkawan dengan golongan yang baik-baik ni automatik kita terikut walaupun sedikit. Memang tak dinafikan disekeliling aku wujud je budak agama yang orang cakap, "harap je belajar sekolah tahfiz, tapi couple... tapi pakai tudung singkat... dsb. Tak macam budak agama." Tapi kita tak boleh pukul rata. 

Yang baik tu kita ikut. Yang diuji tu kita jadikan pengajaran.

Kawan-kawan, kita semua ni pendosa. Tapi ada satu hal yang aku selalu ingatkan diri aku (dan moga-moga Allah kuatkan aku sampai mati) iaitu jangan ajak orang lain buat dosa yang sama. Berat nak tanggung dosa jariah ni. Contohnya bila kita menulis perkara yang berunsurkan softporn, atau buat filem softporn, buat lagu mencarut atau lagu ajak bermaksiat dan sebagainya yang mana kita tak ajak directly pun kan, tapi kita dah boleh faham sangat effect perkara macam ni dekat orang lain. Minta dijauhkan seseorang tu terjebak dalam sesuatu yang tak baik disebabkan kita.

Contoh paling dekat dengan aku - recommend lagu atau recommend movie, drama dan sebagainya. Nampak ringan, tapi aku paling takut kalau orang tengok dan buang masa disebabkan oleh recommendations aku. Sikit-sikit je sudah. Yang aku rasa bermanfaat, aku recommend.

//

Jauh meloncong, baiklah. Lastly.....

Daripada semua ni dapat aku simpulkan, hidup kita ni tak kira la kita ni sekolah agama atau bukan, moga-moga kita ni tergolong dalam golongan yang insaf terhadap agama dan diberi kefahaman terhadap agama.

Insaf terhadap agama ni maksudnya, bila ditegur tentang agama dia tak sombong dan berusaha untuk menerima kebenaran, bila diajak berbuat baik hatinya cenderung untuk mengikut walaupun berat dan tak biasa. Insaf agama itu mungkin dia orang yang tak terlalu alim, tak terlalu hebat urusan dalil atau tidak terlalu merdu suaranya dalam mengaji, tapi ketika diajarkan bahawa sesuatu itu haram, dia terus menurut, ditegur terus muhasabah tanpa mencari alasan untuk membela diri.

Kerana agama yang baik itu diukur dari seberapa insaf seseorang terhadap agama, bukan dari segi kehebatan dia bersoal jawab hal agama. Jangan tertipu dengan kealiman seseorang (alim = berilmu) sebab iblis pun alim, tapi bongkak dan sombong. Jangan nilai agama dari posting sosial media dan kehebatan berkata kata dalam bab agama.

Boleh jadi dia adalah orang yang baru hijrah dari masa lalu yang buruk, tapi semangatnya untuk belajar, menuntut ilmu, memperbaiki diri itu sangat tinggi, akhlaknya juga sangat indah.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang insaf terhadap agama. Dan moga-moga pasangan kita juga begitu. Kalau dapat jadi kedua-dua ciri (alim dan insaf terhadap agama, Allahu, bersyukur sangat-sangat kan?)

Kawan-kawan, kita ni tak sempurna, ya, takkan pernah sempurna. Kadang-kadang kita rasa kita ni total lost cause. Rasa macam tak ada dah ruang untuk menjadi baik sebab asyik terbabas je. Tapi moga-moga Allah sentiasa lembutkan hati kita untuk kembali kepada agama. Tak keras hati dan selesa dalam dosa. :')

Juga pendosa,
Fafa Kyraa

Comments