Random Rant: Struggle


AMARAN: POST YANG SUPERPANJANG.

Setiap orang ada struggle masing-masing.

Ada yang struggle dengan kewangan, ada yang struggle dengan kesihatan, ada yang struggle dengan masalah keluarga. Struggle setiap orang tak sama.

Bagi aku, masalah tu memang banyak, siapa je yang tak ada masalah kan? Tapi ada satu benda yang aku constantly struggle with, which is self-doubt.

Self-doubt - kuraang yakin dengan diri sendiri. Tapi hanya terhad kepada self-doubt terhadap skill.

Mungkin orang kata kekurangan skill dan fasa 'tak tahu' tu biasa. But bagi aku, aku perlu struggle bab tu. Benda tu mengganggu rutin aku. Sama juga bila aku kata, aku tak struggle dengan penampilan, pakailah apa pun - aku rasa enough. Tapi bagi orang lain, dah cantik pun masih insecure dan buat dia rasa kurang. Sampai ganggu rutin dia. Padahal bagi aku Masya Allah cantik sangat dah. Sama juga ada yang dah selalu dekan, tapi dia still rasa kurang dalam akademik - rasa orang lain lagi pandai, sampai stress sorang-sorang. Aku cakap sebab aku ada kawan yang macam ni. 

//

Aku dulu ialah seorang yang pendiam sewaktu sekolah. Lagi-lagi bila nak start conversation dengan orang tak kiralah lelaki atau perempuann, how to keep the conversation going and the list goes on. Sebabtulah kawan rapat aku sejak dulu boleh kira dengan jari.

Tapi waktu tu aku bukanlah seorang yang kurang berkeyakinan. Sebab aku terlibat dengan macam-macam aktiviti. You name it. Juga salah seorang budak paling confident angkat tangan dan jawab soalan dalam kelas atau program dengan jemputan luar. Wowerrz sangat bila ingat balik *emoji gelak

Aku memang suka bethol kalau cikgu bagi tugas MC. Suka bethol kalau terpilih dan dihantar untuk join program luar. Terpilih sebagai salah seorang pelakon (ada dialog okay! HAHAHA) untuk program dengan kementerian yada-yada. Ingat lagi bila bila cikgu hantar program lepas aku sembang buku fixi depan kelas - buku 'Kacau' karya Aliff Adly. Semua tu aku masih ingat sebab aku enjoy masa zaman tu. Tak banyak cakap tapi confident. Ironi kan? Tapi begitulah. Confident tu tak semestinya ada pada orang extrovert saja. 

Dan keadaan ni berterusan sampailah aku tingkatan 4. Macam-macam aku join sampai dinobatkan sebagai pelajar apaentah lupa dah. Siap dipakaikan button badge dekat perhimpunan. Sempena hari apa pun dah lupa. Tapi aku still ingat moment ni sebab tiba-tiba. Biasanya anugerah ni orang bagitahu dulu nama kita ada dalam senarai penerima anugerah. Kita pun terpinga-pinga bila pengerusi majlis panggil nama. Dahlah masa tu tengah ranchak berbual. Mungkin memang anugerah informal. Siap gambar kita dibuat banner lagi! HHAHAHA. Aduhla, kenangan betul kan? Zaman kita betul-betul enjoy.

Banner ni kawan yang perasan, ambik gambar dan post dekat fesbuk. Aku pun tak sedar banner ni wujud dulu. Sampai sekarang aku amazed dengan banner yang digantung dekat pagar sekolah ni. Bukan selalu nak rasa macam ni kenn. HAHAHA

//

Tapi ada sesuatu yang berlaku sewaktu pengakhiran tingkatan 4 tu yang membuatkan aku betul-betul jatuh. Self-esteem aku tiba-tiba merudum. Rasa macam worthless. The feeling was real that it affected me. 

Next year,

Tiba-tiba self-doubt datang bertubi-tubi waktu tingkatan 5 selepas aku dilantik menjadi Ketua Pelajar II. Kalau ingat balik waktu tu, rasa kelakar pun ada. Bayangkanlah, kau ketua pelajar, tapi satu arahan pun tak mampu keluar. HAHAHA Dah kenapa kan. Kalau baca post-post waktu tingkatan 5 dulu, phew, nampak betul struggle tu. Blog ni aktif balik pun sebab struggle tu lah. Tapi nasib baiklah kawan baik merangkap penolong aku dapat cover bab-bab control adik-adik pengawas ni. Aku buat benda-benda sampingan saja. Dah terbalik pulak dengan penolong. Tapi begitulah keadaan aku waktu tu. Air mata? Jangan cakap. It was a horrible year.

Then the struggle continued when I was in matriculation. Tak dapat nak dikira berapa banyak moment-moment yang aku rasa, Ya Allah teruknya aku. Teruk sangat self-doubt ni buat ke atas diri aku. Rasa macam hilang diri sendiri. 

Aku jadi lebih senyap dan lebih pendiam dalam organisasi. Dalam program, dalam meeting dengan senior, dalam usrah. Hatta nak jadi naqibah usrah pun pernah berendam dalam air mata dulu sebelum sampai tempat usrah. HAHAHAHA Aduhlah. Padahal masa sekolah menengah hang la yang beria nak sekolah menengah kebangsaan tu ada usrah. 

Tapiii communication aku waktu tu dah ok sikit. Dah boleh communicate dengan partner lelaki (masa tu aku urus media organisasi). Dulu tak boleh langsung tahu! Tapi atas urusan yang betul-betul mustahak je la baru suara aku keluar. Boleh kira berapa kali la aku berkomunikasi dengan partner lelaki. Kelakar bila ingat balik. Aduh, tepuk dahi sungguhlah. Sebab tu lah kot, sekali tu bila aku ws atas urusan kelas, ada kawan lelaki sekelas yang tiba-tiba hantar ws "kau ni nak something baru ws aku. Hipokrit". Nasib baik tak tersembur air waktu tu. Jujur betul kamuhh.

// 

Then I went to uni. Self-doubt masih ada dalam hal kepimpinan. Tapi dah berkurang sikit sebab dah boleh meeting dengan matang dan sejahtera bila bercampur jantina. Dah boleh conduct meeting, dah boleh bagi arahan, dah boleh goreng usrah dekat adik-adik... Dan hal-hal kecil yang lain kecuali bagi tazkirah. Haih, lemah betul tau bab ni, automatik kepala otak blank nak cakap apa. Lagi lagi kalau kena cakap topik yang kita sendiri tak tahu. Bab-bab agama ni rasa kurang sangat. Rasa tak layak pun ada.

But Alhamdulillah 'ala kulli hal. You have done so much dearself! It's okay if you're still lacking in some small parts.

Cuma gitulah.... Waktu tu self-doubt dah berpusat kepada kos yang aku ambil. Satu hal pulak nak struggle dengan bahasa Inggeris. Ya Rabbi. Kamu ni betul-betul yaaaa. Tapi wajarlah kan. Kalau nak kira orang yang duduk dekat pedalaman ni, bila je nak nak cakap inggerih ni?

Aku ni muet memang la band kurang 1 daripada 6. Tapi bab bercakap tu waktu exam je la yang kau konfiden teruk sampai tahap nak berdebat dengan partner speaking. Bila dah masuk uni, tak sama. Memang kebanyakan kawan-kawan sekuliah English tu macam mother tongue dah. Tinggal lah kita terkial-kial sebab hok aloh kito kecek klate sokmo segho ngilu nok kecek inggerih. Korang faham kan kalau aku cakap melayu pun? Why bother nak speaking dengan korang?! Hahaha begitulah mindset aku waktu tu.

Nasib baik boleh present walaupun tak boleh start informal conversation dengan kawan-kawan dan lecturer. Kurang satu beban.

Masalah ni bawak sampai la ke zaman Master. Kalau degree pun level student dah macam tu, apatahlagi level Master's student ni. Lagi up struggle aku. Naik satu anak tangga. Lagi-lagi kalau kelas interpretation (kelas yang kena alih bahasa melalui percakapan), Fuh. Berendam ayaq mata oi lepas habis kelas. Tapi bila dah lama-lama, Alhamdulillah, English aku dah ok sikit - dah boleh berborak dengan lecturer in English without doubting myself :)

Sebenarnya masalah aku bukan dekat fluency kan, tapi dekat rasa konfiden. Konfiden hilang.

//

Masa aku uruskan pusat tuisyen ni pun masih ada self-doubt yang mengulangi fasa berendam air mata. Bila dah yakin dengan English proficiency, datang pula hal lain yang buat aku rasa, I'm not enough.

Kalau nak cerita hal struggle ni, sampai sekarang masih ada. Tapi ada SATU hal yang berbeza dalam setiap tahap aku handle self-doubt. Mungkin dulu aku adalah seorang yang kalau boleh, sebolehnya nak elak benda yang aku tak mampu buat. Tapi bila dah meningkat dewasa, aku tahu Allah yang letak aku di luar comfort zone berkali-kali. Walaupun aku dah melangkah masuk dalam zone tu sebab dah berjaya improve kekurangan, tiba-tiba aku akan tertendang balik ke luar, pada tempat yang berbeza.

Allah nak kita improve - sama ada semasa zaman belajar, zaman kerja, zaman kedepan nanti, semuanya ada tahap tersendiri.

Selain menulis, menangis pun mungkin salah satu coping mechanisms aku, bukan satu kelemahan. Orang kata, menangis ni untuk orang yang lemah saja, but bagi aku, just biarkan aku menangis sekali je kalau aku tengah struggle, then I will get back up stronger and nobody can stop me from aiming for what I want :) Aku kuat dengan cara aku sendiri.

// 

Begitulah.

Aku yakin mesti ada something yang aku boleh bagi pada ummah if I walk out of my comfort zone. :) Bayangkan kalau aku tak paksa diri aku dulu, mungkin tak berada di tempat aku yang sekarang. Ya, mungkin tak sampai pun tahap nak jadi wakil rakyat kan, but hey, Allah takkan terlepas even small contribution! Yang penting kita cuba buat lillahi taala.

Doaku, apa saja yang kita tengah struggle sekarang, semoga Allah kuatkan pundak kita. Yakinlah, Allah tak pernah tinggalkan kita. 

One of my IG stories last year on the same month.

Till then,
Fafa Kyraa
Kuat dengan cara sendiri ❤️ 


Comments