Random Rant: Temporary


I had to drop a course. 

And extend for a year.

This had me realized that everything that we have now is temporary. Selama ni tahu tapi mungkin terlupa buat seketika bahawa semua yang kita ada hanyalah pinjaman. Tak sedih, cuma kembali diketuk bahawa kita perlu bersederhana dalam semua benda. Hidup ini unexpected dan penuh dengan 'tiba-tiba'. 

Harini kita sihat, tiba-tiba kita sakit. Harini kita kaya, tiba-tiba kita jatuh muflis. Harini kita single, tiba-tiba kita double. Macam macam boleh jadi. Kita boleh terbang tinggi tapi jangan lupa tunduk ke bawah.

Kita merancang, Allah juga merancang dengan kasih sayang. 

I had never imagined in my life that I will experience this kind of situation. Tak pernah terlintas untuk extend, walau sepahit mana perjalanan yang aku tempuh sepanjang aku belajar. Sejak dari sekolah. Sesusah mana pun subjek tu, ia tak akan buat aku putus asa dan mengalah. Walau aku kena lalui dengan air mata darah. Alhamdulillah untuk kekuatan yang Allah pinjamkan.

Sebenarnya masa sakit haritu, aku tak pernah terfikir nak drop subjek. Tapi bila masuk update session dengan lecturer, beliau terkejut kenapa progress assignment aku slow sangat. So terpaksa la cakap aku ada health issue. Dan lepas tu Dr cadang drop sebab kalau ikutkan keadaan kesihatan aku, memang fail la paper ni.

Aku pun tak terfikir nak bagitahu Dr awal-awal sebab kita tak expect pun sampai bila keadaan ni berterusan. Tak sangka sampai sebulan assignment aku tak disentuh. Kalau aku berkeras nak teruskan juga, memang aku tak mampu buat sehabis baik sebab keadaan tak mengizinkan. I cannot maximize my effort.

Jadi nak tak nak, kita perlu berdamai dengan takdir :) Pujuk hati, it's okay. Everything happens for a reason.

Kadang kita tak sengaja mempersoalkan kenapa begini kenapa begitu. Kita mungkin ralat dengan apa yang terjadi tapi kita perlu berusaha untuk tidak meragui takdir. Percaya bahawa semuanya disusun cantik, segalanya penuh hikmah. I have witnessed it for more than 20 years of my life. :)

Sepanjang hidup, macam-macam dah yang terjadi. Kadang ada yang kita tak suka, tapi selepas bertahun baru kita nampak hikmah yang Allah nak bagi. Dan kita pasti akan merasa kemanisan setiap hikmah tu. 
Perhaps you dislike something which is good for you and like something which is bad for you. Allah knows and you do not know.

2:216 

Sentiasa ada hadiah di sebalik ujian yang Allah kirimkan. Mungkin aku tak nampak sekarang, tapi aku benar-benar percaya, suatu hari nanti pasti aku akan unboxing hadiah tu.

//

Walaupun kerugian duit sebab tak boleh refund (bagi aku banyak sebab aku bayar sendiri. Dah boleh angkut tablet Samsung sekali lagi dah duit tu haha!), tapi aku percaya, setiap kehilangan pasti akan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Bila fikir balik, tak ada apapun yang nak disedihkan sebenarnya. Bahagian ujian yang aku terima ni terlalu kecil. Memang sepatutnya kita tak boleh bandingkan ujian sebab setiap orang mempunyai bahagian ujian yang berbeza. Tapi begitulah cara untuk pupuk rasa syukur dalam diri sendiri.

// 

Banyak hal yang terbatas dan tertangguh.

Doaku... Semoga kondisi aku semakin baik walaupun lepas dah habiskan ubat. Aamin :)

Comments