Usrah



Assalamualaikum. Sekadar nak trobek tentang satu hal yang paling aku ingat sampai sekarang - permulaan dari segala-galanya. 

/

Aku masih ingat lagi. 2012 adalah tahun dimana aku kenal apa itu usrah. Macam mana aku boleh kenal usrah? Adakah aku join usrah di sekolah? 

Tidak. 

Aku bukanlah budak sekolah agama. Aku tak pernah dengar perkataan usrah di sekolah. Cumanya aku ni jenis yang suka membaca. So, perkataan usrah dan perkataan 'budak sekolah agama' macam - ikhtilat, dakwah dan tarbiyyah tu semua aku tahu dari internet. Masa tu aku belum pernah merasai semua tu. Hanya sekadar tahu surface meaning. :')

2012

Aku masih ingat blog apa yang aku baca waktu tu - dirikudrcinta.blogspot.com. Sekarang dah tukar nama - Ummu Khalyf. Masih ingat juga post pertama yang dibaca dari blog tu - IKHTILAT: AWAK, JANGAN BUAT SAYA JATUH HATI PADA AWAK (biasalahkan jiwa remaja memang suka entry jenis macam ni) Banyak ilmu dan perkataan alien yang aku dapat dari blog tu - ikhtilat, dakwah, tarbiyyah, husnozhon dsb. Masa tu tertarik nak baca semua posting blog tu sebab lukisan dia comel. Haha! Tapi tu bukanlah main point yang sebenarnya.

Sebab aku tahu, membaca posting blog tu sebenarnya adalah hidayah dariNya. Ya, permulaan hijrah :')

Dah lupa macam mana boleh terserempak dengan blog tu, cuma masih ingat lagu apa yang dimainkan dalam blog tu. Binnabil Huda dari UNIC. Pertama kali dengar dan terus nangis. Rasa macam sayu je. Tiba tiba ada rasa yang pelik. Rasa hina dan berdosa. 

Sejak dari tu, aku selalu berminat dengan perkataan usrah. Indahnya perkataan tu - indahnya orang orang yang sertai usrah ni - indahnya dikelilingi orang yang baik baik. 

Disclaimer: bukan nak cakap yang persekitaran dan kawan kawan aku tak baik. Cumanya aku hanya teringin nak merasai suasana usrah tu sendiri daripada sekadar mengetahui makna dan definisi.

Allah tu Maha Baik - pernah sekali tu aku ke program luar - bercampur dengan mereka dari sekolah agama - akhirnya selama 3 hari, aku dapat merasa apa itu usrah :) Waktu yang singkat tapi sangat bermakna.

Aku selalu teringin nak wujudkan usrah disekolah - sampailah aku dilantik sebagai pimpinan - usrah tu masih belum direalisasikan. Bukan senang nak mulakan sesuatu yang asing - susah. Sampai satu tahap aku pun lupakan saja hasrat tu. 

2016

Masa ni aku dah masuk matrikulasi. Long story short - aku dilantik menjadi saf pimpinan persatuan islam matrikulasi. Waktu ni adalah permulaan aku sertai usrah secara rasmi - dan yang paling tak boleh diterima akal bila kena jadi naqibah usrah!

Bayangkanlah - sudahlah waktu tu aku baru nak merasai suasana bulatan gembira (usrah). Masih dalam fasa bayi - tak mampu nak merangkak, bertatih, apatahlagi berjalan. 

Ya Allah, ujian hati apa lagi? Sampai satu tahap aku rasa down sangat sangat. Aku rasa terasing, aku rasa tak layak. Bukan hanya hal usrah saja, banyak faktor yang buat aku rasa terasing dan down - terlampau banyak sampai aku rasa macam tak mampu nak handle.


Posting WeChat bertarikh 21 Julai 2016

//

Padahal dulu akulah insan yang menangis pada Tuhan, agar diberikan kesempatan untuk berada dalam bi'ah solehah. Dikelilingi orang orang yang mengingatkan diri pada Tuhan. Ditarbiyyah dan sentiasa disuap dengan makanan rohani. 

Kenapa hati aku goyah dan aku rasa nak lari? Kenapa aku boleh lupa doa doa yang aku langitkan dulu? Kenapa bila Allah dah kabulkan dan pilih aku yang hina dan penuh noda ini, tiba tiba aku nak berubah arah?

Masih ramai lagi kawan kawan dari sekolah agama dan orang orang yang baik - yang lebih layak dari aku - tapi kenapa aku? Aku ini bukan siapa siapa, diri kosong, ilmu pun sikit. Tak layak. Waktu tu, banyak kali aku menangis. Banyak kali aku fikir nak lari saja dari tanggungjawab. Tapi, aku hadap saja, aku yakin, segalanya penuh hikmah. Aku yakin akan hal yang satu itu. Maka, sungguhlah, aku rasa sangat sangat beruntung menjadi pilihan Allah untuk berada di jalan ini. 

Ya Allah. *emoji nangis.

Sungguh, banyak yang aku belajar dari fasa matrikulasi. 

Rasa tak layak itu masih ada sampailah sekarang. Tapi semakin meningkat usia, semakin aku sedar bahawa ini cara Allah untuk aku. Soal layak atau tidak, itu tidak penting - aku bukanlah orang yang layak memberi label atau menghukum hatta kepada diri sendiri. Yang penting, aku wajib bersyukur dengan jalan yang Allah aturkan. Kerana Islam tidak memerlukanku, tapi sebaliknya, aku yang memerlukan Islam.

Bukanlah menjadi seorang yang dipilih diatara yang terpilih itu satu tiket untuk aku rasa diri aku hebat - melainkan semuanya adalah kasih sayang Allah. 

Allah sayang diri ini. :') Allah beri kefahaman sedikit demi sedikit - kenapa aku perlu berusaha untuk istiqomah. Kerana, selangkah aku berlari dari Islam - maka akulah yang rugi. Islam tidak akan rugi. Akan Allah gantikan tempat aku dengan orang yang lebih kuat peribadinya. Tak sanggup aku membayangkan Allah menarik nikmat kefahaman yang sedia ada. (dan Semoga Allah tambahkan lagi kefahaman :))

//

Walau aku rasa tak rela dan rebel, Allah tetap hadirkan rasa bersalah dalam hati jika aku terfikir nak lari. Ya Allah. Moga moga, rasa itu kekal sampai hujung nyawa. Biarpun tak banyak yang aku boleh sumbang - menjadi si pengutip sampah dan si penyusun kerusi selepas selesai program pun tak mengapa, asalkan aku tetap tsabat diatas jalan ini.

:')

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Till then,
Fafa Kyraa.
    

Comments