Life Update | Throwback 280820



Assalamualaikum readers.

Lamanya tak menulis! So, here's a few 3 updates for August.

  • Result exam

Walaupun tak dapat capai target yang aku tetapkan untuk sem ni, Alhamdulillah, aku tetap bersyukur dapat habiskan sem 6. Setiap sem aku strive, SALAH SATUNYA sebab tak nak bayar PTPTN. Haha!

Tapi sejak satu sem aku jatuh teruk dan drag cgpa, impian tu terus gelap, bukan setakat samar-samar dah. So, aku lepaskan je lah hal yang memberatkan hati aku ni. Aku sedar, waktu tu mungkin aku yang tak pandai bahagi masa. Dan mungkin ada hal hal sampingan yang menjadi penghalang, yang aku buat tapi aku tak sedar.

Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa. Cara yang dapat mengenalpasti kelemahan diri sejak dari awal lagi dan membolehkan ia mudah untuk diubati - Dr Al-Sayed Muhammad Noh.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ - 59:18

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Pun begitu, walaupun result sem tu sangat  agak teruk, ia tetap jadi sem terbaik aku. Banyak hal hal yang aku dapat capai bagi sem tu. Iya, mungkin bagi orang lain, hal hal sebegitu adalah hal yang kecil, tapi tidak bagi aku.

Masih aku ingat hal pertama yang aku struggle waktu tu adalah untuk yakinkan ummi untuk ambik lesen dan terus bawak kereta di Bangi. Dengan tak pernah ada pengalaman bawak kereta, dengan segala macam hal waktu tu tengah gasak kepala. Kalau nak ikut kata orang sekeliling dan tak meyakinkan diri sendiri waktu tu, memang sampai sekarang la aku takde lesen. Macam macam jenis ayat aku terima. Kebanyakkannya memang sangat-sangat melemahkan. 

Mendapatkan lesen tu bukanlah hal utama disini, ianya cuma platform. Yang penting bagi aku, dari pengalaman aku dapatkan lesen waktu tu, macam macam hal aku belajar tentang hidup ni. :) Bagi aku, membuat keputusan yang sukar dan mengejut dan bersedia hadap risiko tu adalah salah satu 'pengalaman keluar dari comfort zone'. Iya, ada banyak lapisan comfort zone lagi yang aku perlu carik-carikkan.

Setiap orang berbeza-beza kan?

Animated gif about cute in 📷 Gifs 📷 by -mojtaba

Aku jugak dah habiskan semua level German untuk sem tu! Walaupun level terakhir tu exam betul-betul tawakkal tahap apa sebab tak sempat study. Kalau nak cerita bab exam German ni, teringat satu malam bila nak study tapi WIFI ukm ada masalah. Pukul 1 2 pagi dengan kepala dah tingtong, jiwa yang entah apa apa dah waktu tu, nekad drive pergi rumah kawan. Nasib baik diorang tak tidur lagi. (Ini memang nak tulis sini untuk diingati sampai bila-bila kemelut waktu tu. Haha!) 

Masih ingat jugak, kejar MRT semata mata nak ke Ampang untuk ambik kereta. Lagi beberapa minit waktu operasi MRT nak habis. Yang paling epik bila orang yang teman tu ajak berlari sebab takut tak sempat. Berlari tu bukan biasa biasa, nasib baik dah takde orang sangat waktu tu. Fuh, aku memang tak pernah membayangkan aku dan beliau dalam keadaan begitu. Haha! 

Friends Love GIF by Molang - Find & Share on GIPHY
Selepas balik dari Ampang pukul 2 pagi, sambung isi 20++ borang untuk majlis esoknya. Semua orang tak cukup tidur. Ada yang tak tidur sampai ke petang esoknya.... Masing masing dah barai dan macam mayat hidup. Rindu mereka :)

Dan beberapa hal lagi yang memang akan sentiasa lekat dalam kepala. 

Fuh, cerita update result exam pun dah jauh betul throwback!

  • Internship

Alhamdulillah secara tak rasminya, praktikal aku habis harini! Masih ada beberapa hal yang perlu diselesaikan. Report, borang praktikal. Harap semuanya baik baik saja.


  • Master's degree

Tinggal sebulan saja lagi masa aku kat rumah ni. Cepat betul masa berlalu. Lepasni aku akan mulakan perjalanan baru di tempat yang sangat asing bagi aku (iya iya masih di dalam negara, tapi jauh dan asing kut?). Senior yang aku contact tu pun aku tak pernah jumpa. Dalam banyak banyak ipta di Malaysia ni, USM la satu-satunya uni yang aku tak ada kenalan langsung. *tepuk dahi

Tapi, masa masuk UKM dulu pun aku sorang sorang jugak. Alhamdulillah Allah kurniakan orang yang baik baik. In sha Allah aku yakin, di USM pun begitu. Yang penting, kita kena yakin Allah ada di setiap langkah. :) 

Jadi, selain hal hal internship, aku juga perlu selesaikan hal hal postgrad. Hal financial, yuran, borang pendaftaran, kolej kediaman, subjek, part time job. Tu lah tu, takde hal, cari hal, haa pandai pandailah setel sendiri. 

Peachcat Cats GIF - Peachcat Cat Cats - Discover & Share GIFs
 
Aku juga dah decide untuk ambik program dua tahun. Biar lambat asal selamat. Aku tak yakin aku boleh bawak 5 atau 4 subjek 1 sem. Ini bukan degree :') Degree pun termengah ambik 7-9 subjek satu sem. Apatah lagi master. Aku juga tak yakin bila di sana fokus aku hanya pada pelajaran dan tak terbahagi. Haha! Semoga baik-baik sajalah keputusan aku ni. Tapi risau pulak semakin lama duduk sana, semakin banyak kenangan. Tsk. 

So, itu je lah kot? Sebenarnya takde lah update sangat pun. Macam boring sangat je ni asyik update benda sama. Cuma aku rasa macam nak menulis harini. Saya dah matang, saya takmau cerita lebih lebih ni. Sikit sikit jeee. Ada yang kena simpan.

Fafa Kyraa

Comments