Alhamdulillah. Thummalhamdulillah. Syukur diatas nikmat yang Allah pinjamkan buat diri ini.
Assalamualaikum buat yang membaca.
Dah lama aku tak menulis. Jadi harini aku rasa macam nak update life aku yang sekarang. Sejujurnya, aku memang suka baca apa yang aku tulis. Ada rasa puas di hati. Haha.
Aku memang begini, akan ada satu platform yang memang aku pasti tidak ada siapa yang membaca, maka aku selesa nak menulis. Lagi lagi hal diri ini. Aku lebih selesa menulis dari bercerita kepada orang orang. Jadi, siapa yang terbaca blog ini, selamat datang ke random thoughts aku.
Alhamdulillah. Lagi 4 minggu aku akan menghabiskan praktikal di salah sebuah syarikat di Shah Alam. Aku praktikal secara atas talian. Disebabkan aku dapat tawaran praktikal sebelum tamat PKP, maka syarikat kata, teruskanlah dengan atas talian walaupun semua orang dah boleh pergi kerja. Alhamdulillah. Tapi, diseblik semua ini, fasa ini juga ada ujiannya yang tersendiri. Waktu inilah sakit aku datang balik. Habis kerja kerja tergendala. Tapi, alhamdulillah Allah masih beri kekuatan. :) Allah masih mengirimkan keluarga yang sanggup berkorban. Bawak pergi berubat. Dan macam macam lagi perngorbanan yang aku tak tau aku sempat balas ke tidak.
Baik, habis cerita bab intern.
Satu lagi update baru, Alhamdulillah aku ditawarkan untuk sambung ijazah dalam bidang terjemahan di USM Penang dalam bulan 10 nanti. Aku sendiri tak sangka yang aku masih sanggup untuk sambung belajar. Kawan kata, sempat rehat sebulan saja selepas intern. Tapi sejujurnya bagi aku, sebenarnya dah lama aku rehat, dalam bulan 3 bermula PKP sehinggalah sekarang, awal bulan Ogos. Mungkin mereka maksudkan aku tidak cukup rehat dari segi mental. Iya, betul juga. Tapi aku lebih memilih untuk sambung memandangkan aku rasa sangat rugi kalau aku berehat lama di rumah. Sekurang-kurangnya ada perkara perkara lain yang boleh diisi selain makan dan menggemukkan diri. Jujur! Aku duduk rumah ni memang boleh dikira dengan jari berapa kali aku keluar. Jadi agak membahayakan bila aku sambung berehat. No, no tak baik untuk kesihatan mental dan fizikal.
Dari segi persediaan, Alhamdulillah Allah permudahkan dari segi persediaan pengetahuan untuk kesana. Maksud aku, aku dah jumpa senior yang ambil kos yang sama sewaktu tahun lepas. Boleh la rujuk sedikit sebanyak tentang sesi belajar yang akan aku hadap disana. Aku juga dah jumpa kakak dari persatuan yang dapat bantu aku dengan usrah disana. Katanya, geng geng master memang terlibat dengan usrah kawasan, Memang hal yang tak dapat disangkal lagi. Fuh. Lagi overthinking aku dibuatnya.
Tapi disisi yang lain, aku rasa macam tak sabar nak explore tempat baru. Jumpa orang baru. Rasa suasana baru dan timba pengalaman yang baru.
Kenapa aku tak sambung di UKM saja?
Ini satu hal lagi, sedih juga. Kalau sambung di UKM, boleh la jumpa kawan kawan dan junior junior yang aku kenal. Tapi apakan daya. Nasib tidak menyebelahi. Kos yang aku ambil adalah coursework Translation for professional. Coursework terjemahan hanya ada di USM. Di UKM, tiada mode coursework bidang yang aku nak. Lagipula, aku tak rasa nak ambil research sebab aku tak minat research. Aku pun tak ada ilmu traslation kalau nak buat reseach. Jadi, macam menempah sakit la kalau aku nak research benda yang aku tak familiar.
Kenapa aku tak kerja dulu?
Bukan aku taknak kerja. Mungkin bukan waktunya lagi. Iya, ini yang aku fikirkan. Dengan keadaan orang dibuang kerja disebabkan Covid-19, takkan aku nak mintak kerja pulak. Bukan aku tak percaya dengan rezeki, tapi, itulah perancangan aku sebab aku melihat keadaan semasa.
Tapi, pilihan untuk sambung belajar ni bukanlah kerana aku tahu susah nak dapat kerja atau apa apa sebab lain. Tapi, kerana minat. Minat yang tiba tiba datang waktu aku tahun 2 dulu. Kalau nak cerita hal dulu dulu jadi panjang pulak kan? Jadi, aku stop sampai sini saja.
Semoga baik baik sajalah nah.
Till then,
Fafa Kyraa
Aih dah kenapa aku menulis baku campur informal? Ni mesti sebab dah lama sangat sangat tak menulis. *tepuk dahi*

Comments
Post a Comment
Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD