Random Rant: Kadang-kadang, ralat juga...


Assalamualaikum kalian yang membaca. Dah lama tak menulis kan. Last awal tahun 2024. Nanti kita letak latest update untuk tahun 2024 dalam next post (tak janji. hahahaha)

For now... Cuma random rant pukul 2 pagi...
Agak personal tapi takpelah kita tulis juga untuk bagi semangat pada diri sendiri.

-
-

Dengan kerja aku sekarang, cuma seorang tutor dan ada pusat tuisyen sendiri.... Hidup aku Alhamdulillah—masa fleksibel, pendapatan boleh isi perut dan bayar itu ini, penat pun taklah macam cikgu-cikgu sekolah yang aku selalu dengar. Aku memang bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi ni.

Tapi… kadang-kadang datang juga perasaan tu.

Perasaan ralat.

Dan lately, aku selalu baca perkongsian cikgu-cikgu KPM present paper atau innovation peringkat PPD, peringkat kebangsaan, menang award itu ini, aku jadi macam… “Wow, seronoknya diorang dapat recognition, dapat appreciation.”

Padahal apa yang diorang buat tu, aku pun buat juga untuk students aku.

Aku hasilkan bahan bantu mengajar, worksheets, nota—semua aku susun, aku reka untuk bantu student aku capai lebih baik. Result pun berubah; daripada tak lulus, boleh score A. Daripada tak berani speaking, jadi confident.

Tapi… kat mana aku nak showcase semua ni? Siapa nak bagi aku award? Siapa nak hargai?

Realitinya, takde siapa pun. Aku tahu, benda ni nampak kecil, tapi kadang-kadang makan dalam jugak tauuuuu. T.T

Huarghhhh.

Aku agak kecewa dengan diri sendiri.... Sebab dari dulu, masa zaman sekolah, aku ni boleh kata achiever. Ada anugerah, penghargaan yang aku dapat. Nama untuk naik pentas, dapat hadiah, itu ini...

Aku bukan nak sangat anugerah atau pengiktirafan tu. Tapi, sebagai manusia, ada masa aku teringin juga dapat recognition, macam gelaran ‘Guru Cemerlang’ atau ‘Anugerah Perkhidmatan Cemerlang’ tu. Macam, at least, ada acknowledgement yang “eh, aku pun buat kerja yang meaningful tau."

Aku rasa—kalau aku di platform tu, aku pun mampu capai semua tu. (ya Allah huhuhuuu riaknya kamuuu)

Tapi… realitinya, aku bukan cikgu KPM. Aku kerja sendiri. Pusat tuisyen aku ni dunia aku sendiri. Kadang-kadang rasa 'sunyi' jugak.

-

-

-

Macam tu lah..... Dan ni.. bila aku meluah benda yang sama pada CHATGPT... - respon yang menenangkan sangat.


Aku kena yakin, impact aku tetap besar untuk students aku kan? (yaaa aku kena yakin T.T). Bila tengok mereka berjaya, itu pun dah cukup membahagiakan aku.

Cuma… manusia kan? Ada masanya, kita perlukan sedikit pengiktirafan. Untuk kuat semula, untuk terus semangat.

So, aku kena reset semula mindset aku - mungkin aku tak ada anugerah, tapi aku tetap guru. Aku tetap berusaha memberi, tetap berusaha membina. 

Kan?

Moga Allah nilai semua usaha aku.

Amin.

Love,
Fafa Kyraa.

Comments