random one



Assalamualaikum *waving*

warning; tiada kematangan dalam penulisan ini. kalau rasa tak tahan baca (tak mampu nak jaga hati dari fikir macam macam), atau mungkin seorang yang tak tahan dengan randomness, mohon tekan ctrl + w. sekian.

-------

untuk post sebegini, aku tak mahu bijak dalam menulis.
aku nak random. 
aku nak rant semua.

izinkan aku ya?

--------

Memulis tu punya pelbagai tujuan.

Untuk menyampaikan
Untuk berkongsi
Untuk menyentuh hati
and the list goes on.

Dulu aku suka menulis dengan tujuan untuk berkongsi. Cuba menyentuh hati.
aku menulis dengan niat ditujukan untuk diri sendiri.
dan kawan aku pernah cakap, tulisan tulisan aku selalu menjentik hati.

tapi aku lupa, kita akan diuji dengan kata-kata/tulisan kita sendiri.

itu dulu. aku takmau fokus yang tu. nak fokus yang sekarang.

sekarang bagi aku, menulis tu escapism. Melepaskan lelah yang terbuku. 

aku akan menulis, tiap kali dada aku rasa sesak tak menentu. dan pada dasarnya, baca tulisan yang relatable pun dah cukup bagi aku.

contoh macam orang share something relatable, its enough to describe what i feel. pelik kan? tapi begitulah.

hidup ni penuh dengan perkara yang melelahkan. kita sebenarnya nak je cerita dekat orang, semua masalah. kita nak je tunjuk sedih kita depan orang. 

dulu aku begitu, kena ada kawan untuk aku ceritakan semuanya.

sekarang, bukan kawan kawan aku yang tak baik. bukan kawan aku yang tak sedia untuk mendengar.

tapi, aku develop perangai yang aku sendiri tak faham. aku takut dengan respon diorang terhadap masalah aku. 

iya, mungkin pernah sekali dua aku yang cerita masalah bukan dekat orang yang sepatutnya, orang yang tak faham, orang yang akan bandingkan masalah dia dengan masalah aku, orang yang rasa masalah aku ni bukan satu masalah, orang yang akan meremehkan masalah aku.

dia akan wujud satu perasaan turn-off. rasa macam, baik aku simpan sendiri. orang lain lagi hebat ujian mereka.... kan...? aku ni Allah uji sikit je, perlu bertahan.

aku kena belajar untuk melihat suatu masalah tu kecik. jangan jadi manja lagi. hidup ni kejap je, rugi masa fikir benda yang tak sepatutnya.

-------

kadang aku menulis sesuatu yang hanya aku dan tuhan saja yang faham. 
kenapa aku menulis in the first place? 
ya, nak meleraikan semula otak aku yang berselirat.

terima kasih.

Comments