
Timeline aplikasi Instagram discroll perlahan.
Menjamu mata melihat gambar kawan-kawan, hatta daripada sekolah rendah, menengah, hinggalah zaman matrikulasi.
Bahagia.
Betul, kadang aku tertanya tanya apa khabar mereka sekarang. Buat masa ni cukup hanya melalui aplikasi yang menghubungkan, walau tak bertemu mata.
Tapi, tak mengapa, jujurlah, aku bahagia begini, hidup dalam realiti aku sendiri.
Mungkin yang nampak sahaja yang akan merasa keberadaan aku.
Tak jumpa aku, tercari-cari.
-------------------------------
Walau tak bersua muka, moga doa doa untuk aku masih tak terlupakan.
Moga-moga.
Dan kadang, aku tertanya jika mereka juga menunggu update dari aku.
Atau aku hanya sekadar debu debu yang singgah dan terbang dibawa angin.
Tak memberi apa apa impak.
Ada, tapi tak macam tak ada.
Kelakar kan?
Mungkin yang nampak sahaja yang akan merasa keberadaan aku.
Tak jumpa aku, tercari-cari.
-------------------------------
Walau tak bersua muka, moga doa doa untuk aku masih tak terlupakan.
Moga-moga.


Comments
Post a Comment
Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD