Buang saja

Alkisahnya begini

Gua ter'jatuh' suka pada klasmet-kawan partner in crime merangkap kawan gua.

Ehem.

Gua tepis banyak kali.
Tapi biasalah syaitonirrajim
Dia tak berenti tengah jalan.
Dia hasut pulak gua supaya jeles.
Habis kosentrasi gua pada killmia.
Nota didepan, otak kelaut.

Lalu gua pegang dada
Cari jantung hati
Masih berfungsi atau sudah mati kejelesan.
Dan gua beristighfar banyak kali.
Doa pada tuhan
Moga Dia beri kekuatan.

Tarik nafas dalam dalam.

Sudahlah.
Kata nak jadi LagendEfkay.
Tak boleh lemah.
Hati kena sado.
Mata kena jaga.
Jangan terpaut lama lama.
Kelak binasa.

Ini bukan post cinta hati.
Tapi post untuk luah serabut belenggu diri.

P/s : biasalah bila dah jatuh suka. Fitrah. Tapi kena tepis banyak kali. Selagi belum tiba masa, jangan luah. Biarkan ia bersemadi. Jangan sampai jadi zina hati.

P/s II : Pegang erat pada janji. 6 tahun lagi. Yakin dengan aturan Tuhan. Jodoh adalah cerminan diri. Bukan?

Jadi,
Jaga hati .
Jaga mata.
Jaga diri.

P/s III : tak tahu ini post apa. Puisi atau kata kata biasa? Mohon abaikan. T.T

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment